Musica School

  • Beranda
  • Tentang
  • Galeri
  • Artikel
  • Kontak
    • Kontak
    • Facebook
    • Twitter
    • Daftar disini
Beranda » Insting Musik » Berlatih Vokal

Berlatih Vokal


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFMRClreR_viKckFdlymyDs9NyY4gThRowzWhIu85eSJsMGiLiuc5njiGR9hjobx57TsQaalWQJu86hOXNZt4uYPNyVw0cFbdXcl-0D6DRHxgPDX5xglJb2w5FjA9NEO1r48hdFMtZ9lnO/s1600/171386_vokalis-noah-ariel_663_382.jpg 

Vokal bisa dikatakan sebagai kegiatan memproduksi suara. Setiap orang dikaruniai vokal oleh sang maha pencipta, untuk berkomunikasi ataupun bernyanyi. Adakah anda selalu tertanya-tanya mengapa sebahagian daripada rakan-rakan anda mempunyai suara menyanyi yang lebih baik dan merdu daripada anda, walaupun kita semua mempunyai tubuh badan yang sama (mulut, tali suara atau "vocal chords", paru-paru, perut, dan lain-lain)? Berita yang baik ialah semua orang boleh menyanyi, oleh kerana menyanyi sebenarnya semudah bercakap. Jika anda hendak mencapai keinginan untuk menyanyi dengan bagus, saya akan berkongsi dengan anda beberapa tip-tip yang mudah tetapi yang amat penting untuk (a) belajar menyanyi untuk pemula iaitu seseorang yang baru hendak mula belajar menyanyi seperti anda, dan (b) juga bagaimana untuk mengelak daripada kesilapan yang lazim berlaku semasa menyanyi. Berikut ialah tips mudah tetapi amat penting untuk pemula belajar menyanyi  :

Teknik Penafasan Yang Betul
Anda perlu pelajari bernafas menggunakan diaphragm ("diaphragmatic breathing"), iaitu anda perlu bernafas secara mendalam, dan tidak secara cetek, sehingga ke paras bawah paru-paru anda. Bernafas supaya perut anda membesar keluar, dan bukannya dada anda yang membesar keluar, semasa menarik nafas dan menyedut angin kedalam paru-paru.
Adakah anda ketahui bahawa Mariah Carey ialah salah seorang penyanyi terkenal yang mempunyai lingkungan vokal ("vocal range") yang tertinggi?
Menjaga Tali Suara
Suara anda ialah salah satu alat musik yang paling rapuh dan empuk, dan tali suara ("vocal chords") anda boleh menjadi rosak sekiranya anda melakukan sesuatu yang ia belum bersedia untuk lakukan. Sekiranya anda berasa kelainan ("straining") pada suara anda, atau jika anda berasa kesakitan didalam mulut, anda perlu berhenti menyanyi sementara dengan serta merta. Jangan menyanyi nada terlalu tinggi serta merta tanpa perlahan-lahan naik nada satu-persatu dengan latihan yang berterusan.
 
Postur, Mulut & Muka
Luruskan belakang badan anda, dan buka mulut anda luas semasa menyanyi. Juga buka belakang mulut anda - ini sama mustahak dengan membiarkan depan mulut anda dibuka. Berlatih menyanyi didepan cermin apabila boleh, supaya anda dapat lihat postur ("posture") yang lurus danbetul, air muka ("facial expressions"), pergerakan badan dan pernafasan, dan menentukan apa yang berhasil dengan baik. Relaks lidah supaya ia berehat dibawah mulut. Perhatikan rahang anda semasa menyanyi untuk pastikan supaya ia betul-betul dalam keadaan relaks.
Latihan Vokal
Setiap kali sebelum bermula menyanyi, anda perlu melakukan latihan vokal untuk menyediakan tali vokal ("vocal chords"). Latihan ini akan dapat menambahbaikkan persembahan nyanyian anda, dan mengelakkan kecederaan kepada tali vokal anda. Beberapa latihan vokal yang lazim dilakukan termasuk : Menggeliat leher dan belakang badan, membuat suara "humming" dengan manaiki skala nada secara perlahan, dan seturusnya secara menurun skala nada secara perlahan ("going up dan down the scales"), menyanyi suara huruf saksi ("vowel sounds") A, E, I, O dan U, dari bawah skala nada ("scales") sehingga ke atas skala nada, dan seterusnya turun ke bawah skala nada selali lagi.
 
Menyanyi Secara Natural
Kita semua berbeza dari segi fisikal and psikologi, dan ini menyebabkan kita mempunyai suara dan gaya menyanyi yang unik dan tersendiri. Jangan cuba mencontohi gaya penyanyi yang lain, tetapi biarkan suara anda yang sebenar didengari. Hilangkan ketegangan pada suara anda. Apabila anda menyanyi secara natural ("naturally") anda akan dapat capai nada suara, skala dan emosi yang anda tidak lakukan apabila dalam keadaan tertekan. Ambil perhatian tentang semua butir-butiran yang terdapat pada sesuatu lagu seperti rentak irama, perkataan, dan ungkapan pada lagu.
 
Menjaga Makanan & Minuman
Jangan lakukan sesuatu yang boleh mengeringkan tengkak dan suara anda. Minuman "caffeine" perlu dielakkan, sama juga dengan makanan atau minuman yang boleh menyebabkan penghasilan "mucous", seperti produk tenusu (contoh susu). Jangan menghisap rokok, dan elak minuman keras.
 
Menyanyi Dengan Penuh Emosi
Menyanyi ialah berkaitan emosi, meluahkan perasaan, dan berlakon sepanjang sesebuah lagu. Ia mempersembahkan cerita, mesej dan perasaan, dan boleh mempengaruhi pendengar. Anda perlumenceritakan lirik dalam lagu secara beremosi, memahami dan mempercayai maksud lirik, dan suntikkan nyawa dan kesungguhan. Cuba menghubungi maksud lagu melalui pengalaman peribadi sebenar. Walaubagaimanapun anda tidak boleh membiarkan perasaan yang keterlaluan sehingga mengganggu pernafasan anda dan seterusnya mengganggu dan merosakkan nyanyian anda.
 
Menyanyi Dengan Penuh Tenaga
Menyanyi ialah satu aktiviti yang amat fisikal, dan anda mesti amat bertenaga dan ghairah semasa menyanyi, jika tidak nyanyian anda akan kekurangan keghairahannya. Menyanyi dengan penuh tenaga membantu anda untuk mencapai nada yang lebih tinggi dengan lebih baik. Lakukan aktiviti fisikal ringan seperti berjalan-jalan seketika sebelum memulakan nyanyian untuk menghairahkan diri.
 
Menikmati Nyanyian Anda & Bersikap Positif
Menyanyi dengan lemah gemalai dan menikmati keenakan menyanyi, dan anda akan dapat mencapai kemajuan secara natural ("natural") dan anda tidak akan segan didengari. Sentiasa bersikap positif. Minda menjadi sebahagian besar keperluan menyanyi, dan jika anda tidak mempercayai anda bersuara nyanyian yang baik, tiada orang lain yang akan berasa suara anda baik.
 
Merekam
Merakamkan suara anda ialah satu cara yang baik untuk mendengar apa-apa kepincangangan pada nyanyian anda, kerana anda akan dapat asingkan diri anda daripada suara anda dan akan dapat dengar apa yang orang lain dengar tentang nyanyian anda. Buat perubahan yang perlu selepas mendengar rakaman nyanyian anda, dan anda akan maju secara progresif dan mula melihat perkara-perkara baik tentang suara anda dan seterusnya menambahbaik perkara-perkara yang baik dalam nyanyian anda.
 
Latihan Secara Konsisten
Anda perlu banyak latihan menyanyi secara konsisten, seperti contoh lebih kurang satu jam setiap hari, dan kemudian tambah tempoh latihan jika anda rasa perlu. Dengan latihan, anda akan dapat tambah tahap nada tinggi dan nada rendah anda. Suara manusia amat kurang tepat dari segi tala("pitch") berbanding dengan alat musik seperti piano - untuk dapatkan tala yang baik anda perlu berlatih dengan banyak skala musik.
 
Komited “Commitment”
Anda perlu komited dan fokus sepenuhnya untuk pelajari seberapa banyak tentang semua aspek menyanyi. Pelajari dari kesalahan dan kekurangan yang anda lakukan, dan terus mencuba. Ambil setiap langkah dan tindakan kecil setiap hari kearah kejayaan nyanyian anda, dan anda akan dapat bernyanyi dengan baik seperti seorang profesional.
 
Tunjukajar Vokal
Pelajari teknik vokal dan asas menyanyi yang betul. Untuk mengcungkil suara menyanyi anda yang betul, anda perlu menjalani tunjukajar menyanyi melalui latihan yang efektif dan terjamin yang dapat hilangkan semua tegangan dan tingkahlaku yang tidak baik. Untuk kursus menyanyi anda, cari jurulatih vokal yang betul-betul memahami sains tentang bagaimana suara dikeluarkan, dan juga mempunyai rekod terjamin tentang menghasilkan penuntut yang berjaya, dan akan dapat capai kemajuan yang tinggi.
Selamat Datang di Insting Musik

Halaman Lain

  • Pengertian Drum
      Drum adalah kelompok alat musik perkusi yang terdiri dari kulit yang direntangkan dan dipukul dengan tangan atau sebuah batang. S...
  • Pengertian Biola
      Biola adalah sebuah alat musik dawai yang dimainkan dengan cara digesek. Biola memiliki empat senar (G-D-A-E) yang disetel berbeda ...
  • Tentang Musica School
    Musica School adalah tempat kursus musik profesional dengan sistem pembelajaran yang sifatnya mengajak anak untuk lebih mencintai musik...
  • Pengertian Bass
      Gitar bass elektrik (biasa disebut Bass elektrik atau bass saja) adalah alat musik dawai yang menggunakan listrik untuk memperb...
  • Profil Pengajar
    INSTING MUSIK Para pengajar di Insting Musik adalah pengajar profesional di bidangnya masing-masing dengan latar belakang pendid...
  • Formulir Pendaftaran
    Powered by Insting Musik | Kontak kami

© Musica School 2018